Story Morry Strawberry :)
Friday, May 17, 2013 | 8:49 PM | 1 comments
Assalamualaikum and eveningggg peopleeeeeeeee :)
How's your day? I'm fine and nothing special to story. So I decided to log in to my Facebook and search for something to share. And I got it. So, I want to share for people who open my blog. And I hope you all enjoy :)
And the most important thing here. I dunno the title. Ekeke. Sila buat tajuk sendiri kay?
Hari ni, salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone. *yakni couple*
Kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua.
Syeikh: Kamu suka dia?
Fulan: Ya syeikh.
Syeikh: Kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu, menjadi ibu untuk anakmu, menjadi pembantu agamamu?
Fulan: Ya syeikh. Pada pandangan saya, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya.
Syeikh: Bila kamu akan menikahinya?
Fulan: Lepas belajar syeikh. Dalam 3 tahun lagi.
Syeikh: Jadi kenapa kamu rosakkan dia? Kamu bukan nak menikah sekarang? LKamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang? Kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab? Bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu? Kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia, dia sukakan kamu, bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci? Bukankah cara itu lebih suci? Wanita umpama air mutlak, mereka suci, tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab, apatah lagi bercouple, wanita itu umpama air musta'mal. Ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan, basuh najis, basuh bontot dan sebagainya. Apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?Sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya, kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu, mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran. Sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah, tapi sekiranya mereka belum sedia, contohnya mereka masih belajar dan sebagainya, jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya, tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan. Itu tandanya akal mereka sangat pendek. Nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka. Bagi kamu, couple, chatting, cakap
Note: Kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita. Ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! Kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek, tidak dapat bezakan baik dan buruk. Memang para wanita walaupun akal pendek, tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi. Facebook, handphone, twitter, internet dan laman sesawang ini semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda-goda kucing jantan untuk mengawan. Wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di facebook untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram, mereka tanpa segan silu bergurau senda, tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya. Sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka, bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka. Jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari Rasulullah kalau bukan LELAKI?
Yahhhh, dan inilah cerita yang aku copy paste dari Facebook tu. Aku juga dapat sedikit input dan kelu lidah kerana terasa bodoh. Haha. Mungkin jarang sekali kita dengar dan lihat orang yang tidak berpunya sekarang bukan? Masing-masing mempunyai pasangan tersendiri. Ada juga segelintir yang tidak ada ikatan dengan sesiapa. Mungkin hanya diri kita sendiri yang dapat menyedarkan kita. Tepuk dada tanya iman :) Pilih jalan terbaik untuk menyusun corak hidup mu di masa depan. Kita tidak dapat mengetahui tarikh kematian kita. Tapi mungkin menyedari sesuatu itu dari awal adalah benda yang terbaik. Semua ini berbalik kepada diri saya sendiri juga. Moga kita semua berada ke arah kebaikan dan jalan yang benar :) In shaa Allah. Wallahualam :)